Ahad, 5 Februari 2012

Hikayat Dolha #001

Hanya dua daging separa sfera itu yang di lihat Dolha. Daging itu tidak juga kenyal dan tidak terlalu teguh jika dicuit. Tetapi Dolha tidak pernah cuit. Di sekolah,Dolha hanya curi-curi pandang ketika beberapa rakan wanita sekelasnya bermain-main dengan daging itu. Mereka bergurau senda dengan menunjal dua daging yang ada pada teman mereka. Masing-masing gelak mengekek dan ketawa sementelah menunggu cikgu Ruminah datang membawa sebatang pembaris panjang bewarna kuning.

Tidaklah tahu Dolha bagaimana yang dikatakan bentuk lahiriah dua daging itu jika tidak dilitupi oleh kain polos putih dan juga tudung kepala yang berpelekat lencana sekolah di dada. Berimaginaslah dia hingga kelubang terkecil neuron otaknya membawa sensor magis sehingga tanpa sedar, menunjalkan daging elastiknya tanpa disuruh-suruh.

Cikgu Ruminah menulis di atas papan hitam. Laju dan perlahan menjadi tempo gesekan kapur putih. Langsung Cikgu Ruminah tidak mengalihkan pandangannya kebelakang. Dolha pandang cikgu Ruminah dengan rasa syahwat yang membuak-buak. Isimnya entah datang dari mana apabila melihat punggung cikgu Ruminah lain dari biasa. Tidak seperti rakan-rakan hawanya yang lain disekolah.

“Lelaki ini menaiki motor dan memakai baju warna merah. Apakah pekerjaanya?” Cikgu Ruminah menunjukkan lukisan orang lidi yang dilukisnya dengan gambaran sedang menaiki motor dengan dua beg disisi tayar.

Semua orang memandang ke muka meja masing-masing. Tidak tahu kerana gambar itu sedikit mengelirukan. Yang dikatakann motor seperti basikal. Lukisan Cikgu Ruminah melidi. Tiada rupa motor. Semua pelajar keliru dan buntu.

“Dolha…yer..apakah pekerjaanya?” tanya cikgu Ruminah yang melihat bola mata Dolha bertikaman dengan tubuhnya. Dolha diam. Menelan liur.

*****


Dua orang. Tiga orang. Dan sudahnya belasan orang yang memerhatikan Dolha berdiri di atas kerusi kerana tidak dapat menjawab soalan cikgu Ruminah. Dan pekerjaan yang diberikan Dolha adalah penoreh getah. Itu adalah denda yang biasa-biasa. Tidak dapat menjawab habuannya memanglah begitu. Biasa-biasa.

Cikgu Ruminah melukis lagi. Dolha memusatkan bola matanya pada lenggokan punggung cikgu Ruminah yang membelakanginya sekali lagi. Tidak tahu dimana hujung pangkal, seketul daging elastik menolak-nolak zip seluar yang dipakai Dolha seperti hendak terkeluar seluruh isinya.

Lukisan siap. Cikgu Ruminah menurunkan cermin mata. mencari-cari murid yang seterusnya untuk menjawab lukisan orang lidi yang dilukisnya memegang selaras senapang yang kelihatan seperti memegang cangkul. Cikgu Ruminah melihat Dolha. Dolha memandang Cikgu Ruminah dengan peluh menitik sehingga merembes ke dagu. Lurut ke leher dan meresap ke kolar bajunya yang menguning.

Punggung cikgu Ruminah janda anak satu yang diperhatikan Dolha tanpa kesip-kesip tadinya menjemput bahana. Punggung itu penyebabnya. Dadanya Dolha berombak. Cikgu Ruminah naik turun nafasnya bilamana melihat senjata Dolha lain benar dari biasa saiznya. Menolak-nolak dan mengeriut seperti ingin dilepaskan dari tahanan zip berlabel YKK,

Lompatlah Dolha dari kerusi. Seluruh kelas melihat dan bergempita riuh seperti marayakan pesta Gawai. Larian Dolha kencang sehingga ke kamar tandas. Pintu di kuak luas dan menghempaskan badannya ke balik pintu tanpa dikunci. Dolha tercungap-cungap seperti ikan patin naik ke darat. Dia melihat seluarnya bergerak-gerak. Masih galak memberontak.

Zipnya dibuka perlahan-lahan agar tidak melukakan mana-mana organ. Dolha memegang daging elastik tersebut dengan senyuman yang puas dan matanya memutih. Bola mata hitamnya ditelan keasyikan yang mula merajai roh dan menakluk jasad.

Seekor anak ular sawa burma dikeluarkan dari seluarnya. Dia terjumpa ular tersebut keluar dari dalam beg sekolah milik Hasbullah Pa’ Wan Chik ketika sedang bertaakul mengenai hukum kekenyalan daging sfera. Pantas Dolha menyelitkan ular itu kedalam seluarnya apabila cikgu Ruminah masuk di pertengahan waktu Pendidikan Jasmani yang senggang.

Lidah ular yang bercabang tersebut menjelir dan menghilang masuk. Menjelir kembali sebelum menghilang lagi. Dolha turut sama menjelir mengajuk. Kepala ular itu diusap dan dikucupnya. Dolha mencampakkan ular tersebut kedalam mangkuk tandas. Dia manarik nafas gembira kerana ular tersebut kini sudah bebas.

Pam ditarik. Ular tersebut hilang bersama pusaran air. Dolha tersenyum girang.

Jumaat, 30 Disember 2011

Sodokollahul'azim

Lumba kuda dengan berlumba menulis status tahun baru di dalam fesbuk adalah dua pekerjaan yang kontra. Tidak kiralah jika hang bawa iPad di gelanggang lumba kuda dan memuat naik status tahun baru di Facebook atau hang mengambil gambar seekor kuda putih berstatus jagoan dan hang tempek di papan pemuka dinding Facebook sambil berkata; “Hell yeah! Selamat tahun baru yaww!”

Dulu. Tak lama dulu. Masa awal Muharam yang sudah, saya dah siap siaga menanam azam. Sebenrnya saya memasang niat, bukan azam. Saya tidak berazam dan tidak pernah tahu bagaimana menanam azam. Dibaja atau disiramkah azam itu masih lagi di dalam kotak sodoku akal saya selama ini.

Makanya untuk tahun baru dalam kalender kafir ini saya tidak tanam apa-apa. Baik azam atau propaganda.

Kerana saya terhenyak. Terhenyak kerana yang lebih dikenali sebagai ZamZariman Moin itu sendiri tidak pernah ambil pusing dengan azam. Cilake apa itu azam?, atau apa itu menanam azam tidak pula dia mengambil berat sepertimana pentingnya lagi beliau menghafal nama-nama operator kilang di tempat beliau bekerja.

Tanyalah Zamzariman Moin tentang azam. Ya, tanyalah dia. Dia akan sebutkan nama-nama operator kilang bersiap dengan nombor telefon bimbit mereka dan sebagai kudos, Zamzariman Moin akan cuba menyendatkan zat-zat terakhir akalnya menghafal tarikh lahir mereka sebagai bukti yang memorinya setanding kad memori Kingston 64GB.

Habuannya? Sudah tentu la threesome yaww! Kerana lelaki yang genius lebih disukai oleh wanita, berbanding lelaki yang tidak berwajah dan hanya pandai taip keyboard menulis prosa-prosa gila di dinding facebook.

Angkuh? Itu baru namanya Zamzariman Moin yaww!


Untuk tahun depan. [Yang selanjutnya di rujuk kepada kalender puak kafirun] pada tahun 2012 nanti. Saya bercadang ingin masuk ke syurga. Ya, ke syurga. Tidak boleh ke tingkat dua, tingkat satu pun memadai. Itu pun jika tuhan mengasihani.

Saya bertemankan niat yang nampaknya begitu suam-suam kopi putih. Moga dipermudahkan oleh Allah untuk saya menulis InsyaAllah.

Selamat berjumpa lagi di kalender Masihi 2012 ya sahabat! :)



P/S: Jikalau kiamat, sampaikan salam saya pada Yakjuj dam Makjuj dan tanyakanlah dua puak itu tentang Nostradamus.

Isnin, 19 Disember 2011

Kelabu #03 [finale]

Marjan berada di syurga. Entah ditingkat berapa. Di syurga ada beranika palitan warna, tidak hanya berasaskan warna kelabu yang aku lihat dahulu ketika berada di dunia. Air sungainya mengalir warna putih susu. Pohon-pohonnya bewarna biru terang. Rumput yang dipijak sekata potongannya. Hijau mewangi sehingga ke ufuk yang tak terjangkau dek mata. 

Tangannya diselimpang kebelakang sambil menyanyikan lagu Stairway To Heaven. Usai lagu tersebut Marjan mendendangkan sebuah irama pop balada yang dipopularkan oleh Anuar Zain, Sedetik lebih. 

Kali ini Marjan sudah boleh menghafal keseluruhan bait-bait lagu tersebut. Girangnya bukan kepalang. Sekejap-sekejap Marjan menyanyi dengan kuat. Sekejap-sekejap dia manarik pitching sehingga lunak merdunya didengari oleh bidadari yang sedang bermain dildo.

Marjan melompat dengan tinggi dan terasa badannya sedikit ringan dari biasa. Mungkin graviti di situ sudah tidak mampat. Atau mungkin sahaja badannya sudah kurang dengan dosa-dosa yang memberat jisim. 

Seekor kuda bersayap yang datang entah dari mana arah punca tiba-tiba muncul di hadapan Marjan. Kuda tersebut bewarna hijau. Marjan melihat pelik. Seperti watak kartun di dalam Shrek hijaunya. Tapi kuda tersebut lebih gagah.  Lebih elok warnanya. Badannya sasa tanpa gendut dan cacat. 

Kuda yang gagah tersebut mengucapkan hello kepada Marjan. Marjan yang sedikit tersentak melambai tangan dengan cuak ke arah kuda yang berdiri dihadapannya itu. Kuda tersebut menghentakkan kaki seraya menjulangnya dengan tinggi. 

Wanna ride Marjan?” kuda itu berkata dalam loghat Manchester United.
Marjan mengangkat tangan tanda tidak perlu. Dia berasa elok berjalan-jalan dahulu di syurga ini. Mengambil udara nyawan, melihat-lihat wajah sebenar alam kekal ciptaan tuhan.
Kuda tersebut bingkas terbang. Kepaknya terdepa luas, mengibas kencang sehingga mengeluarkan haruman kasturi yang semerbak baunya. 

Marjan melambai-lambai tangannya ke arah kuda tersebut. Ini betul-betul magik! Kata Marjan di dalam hati.

Ketika separuh perjalan, Marjan menyaksikan pelbagai ragam manusia yang asyik bergembira.  Orang-orang disitu seperti sudah lama dikenalinya. Seperti jiran tetangga. Seperti rakan sekolah dan juga seperti rakan-rakan ketika dia sedang bermain snuker dahulu. 

Marjan terkaku sebentar. Tiba-tiba dia tersedar, ianya seperti ada renjatan yang memanah ke serebrum otak. Ini sebenarnya tidak sahih dek akal. Jika diturutkan logikal, tidak mungkin dia boleh terpilih untuk berada disitu.  

Dosanya berkapal-kapal. Jika dikira pahalanya, mungkinlah ada sedikit ketika dia berada di sekolah menengah dahulu. Sebelum dia mengambil PMR. Itupun tidak banyak. Memang dia sedar, ianya tidak banyak. Lantas atas alasan apakah yang menyebabkan dia boleh diterima untuk memasuk ke syurga yang dilmpahi segala kenikmatan ini?

Matanya membuntang, jantungnya berdegup kencang apabila melihat sesusuk tubuh yang amat dikenalinya sedang mengigit buah epal di bawah sebuah pohon rendang di hujung seberang sungai.
Marjan lantas berlari kesana. Sungai putih yang mengalir perlahan tersebut membataskan kemaraan Marjan untuk menemui pemudua tersebut. 

“Hei hai Marjan. Long time no see. No see long time!” kata pemuda yang menggigit epal tersebut.
Marjan terkesip-kesip. “Mat Gorn?...Lu…Lu pun ada sini?”

Mat Gorn yang sedang memamah epal merah mengangguk. “well…orang banyak pahala. Disini lah tempatnya..hahaha…” kata Mat Gorn dengan tersembur sisa-sia epal yang memenuhi mulutnya.

Ada bidadari yang sedang berbogel di belakang Mat Gorn. Tidak terkira banyaknya bidadari tersebut. ada yang sedang berbaring, ada yang sedang meliuk lentuk di atas hamparan cadar baldu. Ada yang sedang mengekek hilai ketawa bermain hempuk-hempuk bantal sesama mereka.
Marjan menelan liur. Mat Gorn mengerling kebelakang melihat bidadarinya sambil melontarkan pandangannya kearah Marjan kembali. 

Come Marjan, Join Me. Seberangi sungai susu ini”

Marjan menganguk. Dadanya berombak kencang. Dikepalanya dia mahu gangbang, dia mahu merasa tubuh bidadari yang didakwa dakwi tidak terkalah itu. Mat Gorn melambai tangannya.

“Ayuh Marjan…Redahi sungai susu ini...Ayuh…”

Air sungai bewarna susu itu diranduk Marjan. Marjan berlari-lari anak dengan riang. Entah kenapa tiba tiba dia melihat susuk tubuh Mat Gorn kelihatan mengecil. Semakin lama semakin menjauh.
Marjan berhenti ditengah-tengah sungai memerhati kehadapan dan juga dibelakangnya. sungai itu menjadi semakin lebar. Semakin menjauh. Tahulah Marjan bahawa dia sudah jauh meranduk air sungai tersebut. Di belakangnya kelihatan darat yang ditinggalkan tadi semakin menjauh juga. Marjan berada di tengah-tengah sungai yang tiada berpenghujung. 

Entah bagaimana kemudian terjadinya pusaran air dihadapannya. Marjan belari-lari anak untuk kembali ke belakang. Pusaran itu semakin membesar dan semakin mengejarnya.  Seluruh ruang tiba-tiba menjadi kelabu. 

Marjan menjerit dengan lantang meminta tolong. Tiba-tiba kelibat Mat Gorn berjalan terapung di atas sungai tersebut. Mat Gorn ketawa bedekah-dekah sambil mengigit epal yang masib berada ditangannya. 

“Ada hati mahu gangbang jugak lu Marjan. Sungai ini adalah dosa lu. Sekarang lu akan ditelan oleh sungai ini. Hahaha….”

Mat Gorn ketawa mengilai. Marjan menjerit-jerit sehingga gempita suaranya hingga keseluruh ruang syurga. 


“Sial lu Mat Goooornnnnnn!!!!!”

‘Pappp’….Mat Gorn menampar pipi Marjan. Peluh di dahi Marjan mengalir sehingga membasahi jangutnya yang sejemput. Marjan melihat keadaan sekeliling. Atas bawah depan dan belakang semuanya diperhatikan Marjan yang kemudiannya ditikam tepat bola matanya kearah Mat Gorn. 
Mat Gorn masih mengunyah epal, tetapi tidak lagi memakai perasalinan putih seperti tadi. Marjan melihat tubuhnya pula yang hanya memakai pakaian bewarna hijau dan disekelilinganya hanya ada dinding bewarna putih dan juga tiub-tiub yang meliliti lengan dan juga hidungnya.

“Orang…kalau bangkit dari koma, ucap Alhamdulillah. Ini lu tidak. Boleh pulak sialkan aku. Perghhh…Cilake betul!” 

Marjan masih terkulat-kulat. Dia melihat tangannya yang bertampal tiub lutsinar. Ada meter jantung yang masih turun naik grafnya di sisi kepala katil. Seorang wanita muda yang memakai pakaian serba putih datang dan memeriksa Marjan dengan terkocoh-kocoh. Kemudiannya dia terbongkok-bongkok membaringkan Semula Marjan diatas katil.

Mat Gorn mengerling punggung jururawat tersebut yang tertunduk membongkok. Dia mengangkat keningnya berkali-kali dengan senyuman yang nakal nipisnya, Mat Gorn menjempul naik dua ibu jarinya kepada Marjan. Epalnya digigit kemas di mulut. 

Marjan yang masih lemah tersebut hanya mengetap bibir kerana fikirannya masih lagi tidak stabil seperti sebelumnya. Dalam tidak stabil itu jugalah Marjan sempat mengerling ke dalam lurah baju jururawat tersebut yang terbuka luas. 

“Perghhh!...Cilanat!...” Hanya itu katanya Marjan di dalam hatinya sebelum jururawat tersebut berlalu pergi mendapatkan doktor.

Epal merah yang rapuh tersebut dikemam-kemam Mat Gorn. dengan senyumannya yang tidak lekang, Mat Gorn melambai kearah jururawat tersebut sebelum menunjukkan isyarat telefon dengan tangannya. Jururawat pelatih tersebut berlari anak. Malu kerana ada pemuda yang sepersis Irwan Syah mengoratnya.

“Wah sehhh…Gedik-gedik jugak awek nurse Hospital Seberang Perai ni arr..hahaha” kata Mat Gorn.

“Tapi sungguh…barang baik arr Marjan? …kah kah kah…Tak gitew?” Tambah Mat Gorn semula.

“Aku dekat syurga tingkat berapa ni?” tanya Marjan yang terpinga-pinga melihat ke luar tingkap.

Mat gorn melemparkan epal kedalam tongsampah yang terletak di muka pintu. Tepat masuk kedalam mulut tong sampah bewarna biru tersebut. 

“Ini berapa?” tanya Mat Gorn dengan menunjukkan tiga jarinya.

“Tiga.”

“Ini.”

“Dua.”

“Ini…Berapa?” Sambil menunjal jari hantunya ke atas.

“Itu konek kontot lu setan!...Perghhh aii”

“Alhamdulillah….sesungguhnya tuhan sayangkan lu Jan. Amin ya Robbb” kata Mat Gorn sambil menadah ke dua tanganya ke muka siling.

“Lu dah koma tiga minggu Jan. Tiga minggu tu jugak wa tolong basuhkan badan lu. Wa tolong bagi makan sama lu..wa tolong puaskan nafsu batin lu…dan wa…”

“woihh cop cop….apa batin?” tanya Marjan.

Mat Gorn membuat isyarat dengan tangannya seperti sedang mengulum. Lidahnya ditunjal-tunjalkan pipi dari dalam. 

“Tengkorak hang Mat Gorn! Arghhhhh ….Sial!!” Membuntang bulat mata Marjan. Lantas dibalingnya bantal ke arah Mat Gorn beserta epal yang berada di dalam bakul di tepi mejanya. Mat gorn ketawa berdekah keras kerana berjaya mengacau kembali temannya tersebut.

Pintu terkuak. Seorang doktor wanita masuk ditemani seorang jururawat yang tadinya datang ke bilik itu sebentar tadi. Mat gorn menunduk sebagai tanda hormat kepada doktor muda tersebut sambil tersenyum. Rambutnya disisir dengan menggunakan jari kebelakang. 

Marjan terlopong lagi. Entah keberapa kali dia terlopong sejak dia bangkit dari koma tersebut sehinggakan terlopong itu sudah menjadi rutin sekembalinya dia dari alam sedar. Tetapi kali ini Marjan seperti ternampak hantu raya yang sedang bersenggama. Matanya tidak berkesip. Hanya jarinya terketar-ketar menunjuk tepat ke arah doktor yang berjalan laju kearahnya itu. 

Doktor tersebut mengeluarkan lampu picit kecil dari saku baju. Mata Marjan di suluh sehingga terik cahaya itu menyentak seluruh deria Marjan. Doktor wanita tersebut mengeluarkan pensil dari sakunya. Ditulis sesuatu diatas kertas dengan tulisan yang bersambung-sambung. sebentar-sebantar doktor wanita itu merenung Marjan atas bawah. Meter jantung Marjan juga diperiksa.
Dia menggigit hujung pensil yang bewarna-warni tersebut. Seakan cuba berfikir sesuatu. Marjan melihat tangannya. Melihat sekeliling yang bewarna kelabu. Kelabu seperti mana sebelumnya. Seperti mana dia bangkit tadi itulah warna resminya. Hanya kelabu yang dilihat marjan. 

Sehinggalah doktor wanita itu masuk dan warna dari doktor itu jelas terpancar. Dari baju putih. Cermin mata berbingkai coklat gelap itu serta pen yang bewarna warni itu jelas kelihatan warnanya. Hanya pada doktor itu. 

Doktor wanita tersebut memegang meja dan terpancarlah warna terbit dari meja itu secara magis tanpa ada sedikitpun warna yang berkurang. Begitu juga setelah doktor itu memulas tombol meter pada mesin jantungnya. Mesin itu juga menujahkan warna tatkala dipegang.

Marjan menelan liur yang masih tersekat direngkung. Mengesot sedikit demi sedikit kehadapan untuk memegang tangan doktor tersebut untuk melihat apa yang berada dihadapannya kini adalah benar dan bukannya igauan.

Mata mata gorn masih lagi melirik ke punggung jururawat yang menemani doktor tadi. Dia mengeluarkan kad dari saku baju jaketnya lantas memasukan kad tersebut kedalam saku jururawat tersebut sambil menunjukkan isyarat telefon ditelinganya. Merah padam muka jururawat tersebut lantas memandang rapat ke lantai. Kakinya digesek-gesek tanda malu.

“Basah dah nurse ni gua ingat” Kata Mat Gorn di dalam hati dengan senyumannya yang kekal membunuh.

Tangan Marjan masih lagi merangkak merayap untuk memegang tangan doktor yang sedang ralit memeriksa meter jantungnya. Mat Gorn yang kebetulan nampak akan perilaku sahabatnya tersebut segera menjentik tangan Marjan. Kepalanya digeleng perlahan sambil mulutnya terjuih-juih menandakan ‘jangan buat perkara bodoh di tempat yang sedia bodoh wahai orang bodoh!’

“Saya nampak kamu di jalan tempoh hari ketika saya dilanggar. Kamu…kamu…ada di tempat kejadian! Kamu yang akan mewarnakan hidup saya. Itu kata kamu!” kata Marjan dengan matanya yang merenung tajam.

Mat Gorn menekup mukanya dengan tangan. Dalam hatinya sudah dub-dab-dub-dab. Entah apa isim yang dibawa Marjan dari dunia koma hingga ke dunia ini. 

“Kamu ada kucing bukan? Kucing yang bewarna oren..Ada bukan?” Marjan mula bertanya bertubi-tubi. Doktor muda tersebut menarik nafas dalam-dalam lantas memandang kepada Mat Gorn dan jururawat yang berada dibelakangnya. 

“Kamu akan mewarnakan dunia saya bukan!”

Dibibirnya terukir senyuman yang luarbiasa binasanya. Marjan seperti tenggelam didalam senyuman itu.

Wanita berbaju putih itu menepuk tangan. Semua yang berada disitu menjadi kelam. Gelap zulmat sehinga tiada cahaya yang boleh menembusi. Sehinggalah datang satu objek berbentuk bola cahaya datang menerangi dan terapung di atas kepala marjan. Doktor wanita tersebut memakai persalinan baju seperti yang dipakai ketika marjan ditimpa kemalangan.

“Memang saya yang kamu jumpa. Memang saya yang bersama kucing itu. Dan memang sayalah yang akan mewarnakan hidupmu.” Kata wanita tersebut dengan lembut. Lantas datang seekor kucing bewarna oren melompat naik di kaki Marjan.

“Dan saya juga akan memberi kamu dua pilihan.”

Marjan mengangguk. 

“Pilih samada kamu mahu hidup yang penuh warna warni ini bersama saya di dalam dunia saya disana. Atau hiduplah dalam warna kelabumu seperti dahulu di dunia yang kamu duduki sebelum ini.”

Marjan melihat ke hujung ufuk. Terdapat cahaya yang mewarnai sebuah daerah dengan segala pesta yang melazatkan. Pokoknya, anginnya serta air yang mengalir di bawah rumah-rumah yang dibina seakan melambai-lambai marjan untuk turut sama bersama mereka.

“Adakah kawan-kawan saya ada disitu?” tanya Marjan.

Wanita itu menggeleng lembut. Dibibirnya yang bewarna bandung itu begemerlapan sirna. Marjan menggaru-garu keningnya. Dia teringat Mat Gorn. Teringatkan Mat Piah, Bender, Widad Kamjat dan Pon Posmen yang berada di dunianya dahulu. Kesemua mereka ini walaupun kadang-kadang tidak berotak. Tetapi mereka ini adalah sahabat terbaiknya.  Sahabat dunia akhiratnya.

“Saya tinggal di dunia saya. Biarlah kelabu, Asal hati saya masih lagi bewarna.” Kata Marjan separa menunduk. wanita itu berdiri lalu tersenyum apabila Marjan melepaskan perlahan tanganya dari gengaman wanita itu.Jasad wanita tersebut kemudiannya memeluap menjadi emping dan berterbangan ke udara. Marjan mendongak ke atas dan menghela panjang nafasnya . 

Bunyi derap tapak kaki kedengaran dari arah gelap di ufuk kanan yang semakin menghampirinya. Wajah Mat Gorn kelihatan sedikit-demi sedikit dengan mulutnya yang masih mengemam pisang tanduk yang sudah dimamah suku.

“Marjan..nice job bro!” kata Mat Gorn yang berbaju putih sambil ibu jari tangan kirinya menjempul bagus.

Marjan tersenyum dan menjempul ibu jarinya kembali..

“Come..let me suck your dick bebeh…hahahaha…” Kata Mat Gorn sambil menyumbat-nyumbat pisang di dalam mulutnya.

“Sial lu Mat Goooornnnnnn!!!!!”

‘Pappp’….Mat Gorn menampar pipi Marjan. Peluh di dahi Marjan mengalir sehingga membasahi jangutnya yang sejemput. Marjan melihat keadaan sekeliling. Atas bawah depan dan belakang semuanya diperhatikan Marjan yang kemudiannya ditikam tepat bola matanya kearah Mat Gorn. 
Mat Gorn masih mengunyah pisang, tetapi tidak lagi memakai perasalinan putih seperti tadi. Marjan melihat tubuhnya pula yang hanya memakai pakaian bewarna hijau dan disekelilinganya hanya ada dinding bewarna putih dan juga tiub-tiub yang meliliti lengan dan juga hidungnya.

“Orang…kalau bangkit dari koma, ucap Alhamdulillah. Ini lu tidak. Boleh pulak sialkan aku. Perghhh…Cilake betul!” 

Marjan yang masih terkulat-kulat secara tiba-tiba menangis teresak-esak seperti bayi yang baru dilahirkan. Dengan pantas Mat Gorn merangkul tubuh Marjan dan memeluk seerat-eratnya tubuh teman baiknya itu. 

Marjan Menangis dan terus menangis sehinggalah ia terkedu apabila melemparkan pandangannya jauh keluar tingkap. Di dalam balam genangan air mata , angin bertiup lembut diluar mengibar-ngibarkan langsir sehingga terkuak memperlihatkan seekor kucing yang bewarna oren di muka tingkap. Kucing oren itu menjilat-jilat tangannya lantas berhenti memandang tepat kearah Marjan.
Kucing itu mengiau dengan lembut seraya hilang tatkala langsir mengibas kembali menutupi birai tingkap. 

Marjan menghela nafas. Menyeka air mata dan melihat tangannya yang jangkung. Senyumlah Marjan untuk hari-hari yang berpalitan satu warna buat hidupnya kini. Dan dia terus tersenyum kerana warna itu.


—Kelabu.